farhana mohamad: 2017

17 July 2017

Lebih Intim Bersama Feminine Mist


Assalamualaikum wbt.

Hai korang, sihat? 
Ni haaa, yang gegirl ni, sihat anda hari ni? 
Tubuh sihat, tapi bahagian paling penting tak sihat tak best kan?

Tak dinafikan, hampir kesemua waita mengalami masalah keputihan, bau mahupun gatal-gatal di bahagian intim kan? Even sebelum ni tak pernah ada masalah keputihan, bila sudah bergelar ibu mengandung, ataupun wanita yang pernah melahirkan anak akan mengalami masalah tersebut. Eerkkkk, malu ehh nak cakap pasal ni? hihihi. Ada part-part yang perlu malu untuk dibincangkan dan ada juga part-part yang perlu kita bersikap terbuka untuk berbincang. Untuk masalah keputihan, gatal-gatal mahupun masalah bau di bahagian miss V, kita-kita perempuan ni tak boleh malu ok. Kena ambil serius hal ni sebelum menjadi lebih mudharat. Especially buat wanita yang telah berkahwin. Haaaaa, ni antara cara nak tackle suami ye, bukan setakat pandai masak, pandai buat surprise je, pandai sweet-sweet je. 

Macam aku sendiri, sebelum ni tak pernah ada masalah keputihan, tetapi selepas melahirkan anak, aku perasan yang keputihan mula mengganggu hidup aku. Walaupun kuantitinya sedikit, ianya sudah cukup merimaskan aku dan mengganggu keselesaan aku. Di pasaran sekarang pun banyak produk-produk untuk feminin wash mahupun ubat-ubatan "insert" untuk masalah dalaman wanita, tapi aku kurang yakin dengan penggunaan barang-barang tersebut. Sebagai contoh, kita tak boleh guna feminin wash terlalu kerap, akibatnya miss v akan jadi kering, hakikatnya miss v tak elok terlalu kering. Dan ubatan jenis "insert" juga tak elok diamalkan selalu. 

So, aku guna benda ni. FemMist by Furley Bioextracts!



Didatangkan dalam botol semburan aluminium yang langsing dan sofistikated. Apa yang bestnya adalah FemMist sangat mudah dibawa dan mudah digunakan, hanya semburkan dan alami keselesaan serta keyakinan serta-merta. 



Dibangunkan oleh Furley Bioextracts, sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi Malaysia, rumusan semulajadi FemMist yang mengandungi Dermaxan® (ekstrak kulit buah manggis), ekstrak manjakani dan minyak pati lavender mengekalkan keseimbangan pH optimal di bahagian intim anda, sekaligus memastikan kesihatan vagina yang optimal.

Lazim digunakan dalam perubatan tradisional selama beberapa generasi, kajian terkini telah menunjukkan bahawa ekstrak kulit buah manggis – iaitu bahan asas FemMist – juga sesuai sebagai agen anti-keradangan, anti-bakteria, anti-fungus dan anti-viral yang kuat.



Antara manfaat-manfaatnya termasuklah:

• Mengekalkan keseimbangan pH optimal vagina

• Anti-bakteria dan anti-fungus
• Mengatasi masalah keputihan
• Menghilangkan gatal-gatal dan inflamasi
• Kelegaan segera daripada simptom dan ketidakselesaan akibat jangkitan vagina
• Melegakan kegatalan akibat rambut yang tumbuh
• Kesan melecet
• Menganjalkan dan memutihkan
• Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
• Semulajadi dan berasaskan air, tidak merengsakan
• Pembungkusan yang tidak menonjol dan mudah dibawa bersama
• Produk diproses dalam premis yang disahkan halal (iaitu, tiada alkohol digunakan di sebarang peringkat proses).

Cara penggunaanya pun sangat mudah. Aku ni memang jenis yang suka benda-benda mudah, ringkas, cepat tapi memuaskan memandangkan sekarang ni aku sentiasa berkejaran dengan budak kecil. Rushing la nak buat segala benda.

Cara Penggunaan:
1) Hanya semburkan pada bahagian intim ataupun panty liner!

tadaaaa! mudahkan?

Gunakan secara kerap, 3 kali sehari atau selepas ke tandas untuk mengekalkan kesegaran miss v anda.

Harganya pun berpatutan, hanya RM48 sahaja dengan isipadu sebanyak 35ml sebotol.


Go and Grab your FemMist now! 
bye

07 April 2017

happy 27th birthday ibu!

Lamanya tak bersiaran. Aku rasa semenjak dah jadi mak-mak ni memang aku dah takde masa nak update blog bagai. Nak mengadap laptop macam dulu-dulu memang tak la sekarang ni.

Sedar tak sedar aku dah menginjak ke usia 27 tahun. seram oiiii. Dulu-dulu kan masa kecil, selalu je terfikir kalau dah umur 27 tahun nanti macam mana. Serius aku rasa umur 27 tu dah agak tua. Dan sekarang ni aku dah pun mencapai usia tu, angka yang agak seram bagi aku.

Aku pun sama juga macam orang lain. Ada cita-cita dan target apa yang kita nak bila dah sampai usia sekian-sekian. Since dah berusia 27 tahun, ternyata masih banyak benda yang aku nak, tapi masih tak achieve lagi. Kadang terfikir sempat ke aku nak rasa apa yang aku nak. Kot la kan mati dulu. Ajal maut ni tak kira masa dan tempat.

Kala berusia muda dulu, pernah tanam dalam hati, target nak kahwin bila dah usia 27 tahun. Kalau kahwin selepas 27 tahun tu bagi aku dah tua. Time tu la fikir, time tak matured lagi. Tapi Alhamdulillah. Allah awalkan jodoh aku. Umur 25 tahun dah kahwin, umur 26 tahun dah ada anak sorang, umur 27 tahun........erkkkk.nanti kita tengok apa jadi. Bila sebut pasal kahwin, iye, aku berhutang kisah kahwin aku macam mana. 

Alang-alang dah menaip, aku langsaikan terus cerita kahwin aku ehh. Auni tidur boleh la aku menaip jap. Hurmmm, dari mana aku nak mula ni. Semuanya bermula pada tahun 2013. Masa ni aku menjalani latihan industri di sebuah institusi kerajaan. Aku sebagai pelajar praktikal manakala suami aku dah pun bekerja. Suami aku selalu ke tempat praktikal aku untuk proses perbicaraan. Sepanjang praktikal tu memang ada mulut yang cuba kenan-kenan kan kami. Tapi aku tak pernah layan memandangkan aku sendiri tahu hukum agama. Takdenya aku terhegeh-hegeh gatal nak melayan mana-mana lelaki, baik bujang mahupun dah kahwin. 

Sepanjang praktikal kami hanya bercakap perihal kerja, sedikit pun tak pernah sembang kosong ke laut ke hulu ke hilir. Habis praktikal, maka tiadalah kami berjumpa apatah lagi nak contact kan.

Februari 2015, tiba-tiba ada seorang pakcik datang rumah aku nyatakan hajat. Gila tak terkejut kau. Cuba bayang berapa lama tu. Tapi pakcik tu tersalah bagi nama. Nama suami aku lain, tapi nama lain yang pakcik tu sebut. Tak lama selepas tu, datang rombongan merisik ke rumah. Serius kami tak pernah berhubung langsung selepas aku habis praktikal. Even semasa praktikal sekalipun kami takde bertukar-tukar nombor. 

Mac 2015, kami bertunang. Cukup 40 hari tunang, 2 Mei 2015 kami disatukan. Semua berlaku dengan cepat. Dan alhamdulillah semuanya pun dipermudahkan Allah. Dari proses merisik, tunang, settle semua prosedur kahwin. Semuanya dipermudahkan. Selepas bertunang baru kami betul-betul berhubung. Itupun sebab pasal proses nikah tu semua. 

Alhamdulillah, sekarang umur 27 tahun, aku dah pun ada Auni Faqihah sebagai penyejuk mata aku, dan juga Aizuddin Hariri sebagai teman sweet sour aku. Tipu la kan kalau sepanjang kahwin tak pernah gaduh. InsyaAllah itu semua yang mematangkan kami. Doakan kami sentiasa kuat untuk mempertahankan rumahtangga kami, doakan kami terus sihat dan dimurahkan rezeki untuk membesarkan permata hati kami. Doakan juga aku sempat capai apa yang aku nak.


Happy birthday ibu!



-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign