farhana mohamad: September 2014

Pages

30 September 2014

boleh tak kalau ibu tak kerja?



Assalamualaikum wbt.


Tadi, saya berkesempatan menemani anak makan tengahari di kantin sekolahnya sebelum bermulanya kelas agama di sebelah petang. Sementara menunggu si anak makan, saya berbual dengan beberapa orang temannya.

Saya bertanya kepada salah seorang kawan anak saya sama ada dia akan pulang ke kampung untuk berhari raya. Katanya kali ini dia beraya di rumah sendiri dengan bapa dan adik-beradiknya kerana ibunya akan ke luar negara pada malam raya kerana bertugas.

Saya tanya lagi sama ada dia ok dengan ketiadaan ibu di hari raya. Dia merenung wajah saya tanpa berkelip. Mencuka wajahnya. Saya cuba senyum, tetapi dia tidak membalasnya. Ketika saya baru hendak memujuknya, saya lihat birai matanya sudah berair, diseka pula dengan tapak tangan yang kecil...

Sungguh saya rasa amat bersalah. Saya peluk anak kecil itu kuat-kuat. Saya pujuk dengan mengatakan saudara maranya pasti akan datang menziarah. Dia terus teresak-esak, saya sapu matanya yang basah dan membetulkan tudungnya.

Tiba-tiba dia berbicara: '...tidak bolehkah jika semua ibu tidak bekerja? Bukankah ibu yang lahirkan anak-anak? Jagalah anak-anak dengan baik...jangan tinggalkan kami sesuka hati...biarlah ayah-ayah yang pergi, bukan ibu-ibu...saya nak ibu saya jadi macam aunty, sebab aunty tak kerja, boleh datang sekolah tengok saya...'

Tanpa sedar, pipi saya juga turut basah. Ya Allah! Dengan sapaan yang seminit itu aku insaf dengan teguranMu melalui anak ini!

cerita di atas perkongsian dari madam kesayangan aku, madam nik salida suhaila. ataupun ada yang panggil ustazah nik salida suhaila. bila baca cerita ni, aku sebak. tak tahu nak cakap macam mana. bila anak kecil tiba-tiba bersuara macam tu.

jujurnya, aku pun macam tu jugak time kecil2 dulu. abah kerja di terengganu, jadi semua tugas rumah mahupun urusan anak-anak kebanyakannya umi yang buat. bila abah balik, abah akan ambil alih tugas tu. umi aku pun bekerja jugak di bandar kota bharu. tak jauh sangat kiranya dengan sekolah aku.

abang2 aku sekolah berdekatan rumah. nenek ngan atuk yang akan tengok2 kan diaorang sebelum umi aku balik ke rumah. disebabkan jarak usia antara aku dan abang2 jauh, aku dengan adik2 dihantar ke sekolah swasta di kota bharu. jarak dari rumah ke kota bharu kira2 setengah jam jugak la. habis sekolah pukul 2.30 petang, aku kena stay kat sekolah dengan pakcik aku. owhh ye, pakcik aku mengajar kat sekolah tu. dari pukul 2.30 petang aku stay kat sekolah sampai pukul 5, sampai umi aku habis kerja. mandi dan buat homework siap2 kat sekolah, dalam bilik pakcik aku. kadang2 duk main dengan sepupu2 aku.

bila habis waktu sekolah, pukul 2.30 petang tu aku tengok kawan2 semua balik ke rumah masing2. mak diaorang datang ambil, kadang si ayah yang ambil. dalam hati aku, bestnya kalau umi dan abah dapat ambil aku sharp lepas habis sekolah. kiranya tak payah tunggu sampai pukul 5. jeles kot tengok habis je sekolah mak ayah terus datang ambil. kan best kalau umi aku pun macam tu jugak. umi tak payah kerja, biar la abah je kerja. balik rumah awal boleh tengok cartoon. -kekdahnya. tu tujuan asal nak balik awal-

tapi tu dulu. zaman budak2. zaman takleh fikir panjang lagi. and now, aku tahu kenapa si ibu kena turut sama bekerja. dengan kos sara hidup yang makin tinggi, mana mungkin si ibu tak bekerja melainkan kalau si ayah benar-benar mampu untuk tanggung keluarga sendiri. bukan anak2 je, nak tanggung mak ayah lagi. kalau adik2 masih kecil, nak kena tanggung adik2 lagi. besarnya tanggungjawab insan bergelar ayah. kalau ikutkan kata hati, aku percaya ramai ibu-ibu sebolehnya nak duk rumah. tengok anak-anak membesar, memadai buat kerja rumah je. 






29 September 2014

the versatile blogger award-wana & ieka



lunaskan hutang yang belum langsai.
the versatile blogger award!
tengkiu wana and ieka for tagging.

http://dilakazuha.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html


7 facts about me.

1) asal kelantan.

2) suka seni silat.
pernah join pencak silat di universiti dulu.
sekarang dah pencen.
bestnya sparring, jurus tunggal.
rindu silat!

3) aku dan debat berpisah tiada.
one of debate committee.
nak jadi kerajaan.nak jadi pembangkang.nak jadi hakim.
unit kiraan markah, i luv you guys!

4) akan hormat pada orang yang hormat kita.

5) cukup pantang kalau orang tinggikan suara. 
automatically aku akan tinggikan suara aku jugak.
please jangan tiru.  T_T

6) mudah tersentuh. 
jangan usik walau sedikit pun pasal keluarga.
senang sangat mata basah.

7) suka pakai jubah.




p/s: maghrib tadi dapat berita bas usim excident di ulu yam.
bas dari ulu yam menuju pulang ke kampus.
bas yang ditempah untuk team building kelab debat.
adik-adik debat aku ramai yang terlibat.
6 parah katanya, tapi belum disahkan lagi siapa mereka.
moga baik-baik saje semuanya.
masih menunggu berita dari kalian.

27 September 2014

bila Dia yang aturkan




Alhamdulillah, hari ni dah 2 zulhijjah 1435h.

Bermaksud raya haji pun dah tak lama lagi. Jemaah haji pun dah semakin bertambah disana. Rasanya hanya tinggal sebilangan kecil lagi Jemaah haji yang belum berlepas ke tanah suci. 

Dan hari ni jugak, bestie aku akan berlepas ke tanah suci untuk mengerjakan haji. Pertama kali dia ke sana, berdebar dan excited katanya. pergi bersama satu keluarga, family outing yang sangat ohsem!

Aku tahu perasaan tu macam mana. berpeluang ke sana bersama family, tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu. Risau pun ada fikirkan bestie aku. Bukan apa, aku risaukan kesihatan dia. Dia menghidap SLE dan baru disahkan pregnant minggu lepas. Kesihatan dia tak menentu sekarang ni. 

tapi perancangan Allah tiada siapa tahu. pagi tadi agak terkejut bila dapat mesej dari Asma'. mungkin nak maklum yang dia dah selamat sampai kot, aku fikir. tapi bila buka je, terkedu bila baca.

''ana, asma gugur. nak nangis. sekarang admit kat hospital putrajaya. sampai klia semalam terus kena admit. terpaksa tukar penerbangan lain ke Mekkah. petang nanti flight. insyaAllah.''

Asma' sepatutnya berlepas ke tanah suci semalam, 26 september 2014. tengahri semalam asma' dan family berlepas dari kelantan ke klia dan petangnya flight ke tanah suci. belum pun sempat ke tanah suci, asma' diduga. kandungan berusia 7 minggu akhirnya gugur. seharian semalam memang aku duk teringat kat asma'. tak sangka hari ni dapat berita sedih macam ni. ana tahu asma' kuat, be strong sayang!

kun fa yakun!
bila Dia cakap jadi, maka jadilah.
Dia sebaik baik perancang.
sebaik mana pun kita cuba elak, kita takleh lari dengan takdir.
insyaAllah, ada rezeki lain buatmu asma'.
takmo sedih-sedih ok.
kuatkan semangat awak.
'Afif, tolong jaga asma'.

'afif sedang belajar di madinah, 
perancangannya mereka akan bertemu di madinah sebelum sama-sama tunaikan haji. korang mesti kuat! aku doakan dari jauh. ada rezeki lain buat kalian nanti. insyaAllah.



p/s: jangan lupa perbanyakkan amalan 10 hari terawal di bulan zulhijjah.
banyak ganjaran korang akan dapat nanti.




25 September 2014

Simple giveaway & blogwalking by Yana Pink Blossom





Assalamualaikum w.b.t.


Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda
5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)





24 September 2014

Liebster award by Azisadliyatul

liebster award again!
kali ni dari azisadliyatul.
tengkiu for tagging awak. 

ni jawapannya dari aku.

1. Berapa berat badan korang 10 tahun yang lepas? ingat lagi tak?
- jap nak kira. 10 tahun lepas maksudnya ketika aku form 2. hurmm. slim lagi time tu.hahaha. berat tak sampai 40kg pun, rasanya dalam 38kg kot.

2. Siapa best friend sekolah rendah korang yang masih still contact sampai sekarang?
- aku dulu sekolah swasta, jadi students tak ramai. semua best friend la kiranya. memang kami semua rapat, takdak rahsia antara kami. paling rapat sekali dengan aku ialah asma atiqah dan siti mariam. asma berpeluang tunaikan haji tahun ni. lusa flightnya. take care sayang! afif, please jaga asma and baby baik2 kat sana. 

3. Berapa kali korang pernah fall in love? (soalan maut)
- hahaha. aku gelak dulu ye. hurmm. aku pernah fall in love ke? aku pun tak pasti sebenarnya. rasa cam tak pernah.
hati banyak keras. (confirm takde orang percaya)

4. Saiz kasut korang berapa? 
- saiz 5 @ 6. tengok jenis kasut. 

5. Apa impian korang yang masih belum tercapai?
- banyak sangat impian aku yang belum tercapai.
panjang kalau nak tulis.hehehe.

6. Adik beradik korang berapa orang? korang yang keberapa?
- adik beradik 5 orang. anak tengah2 giteww. hihihi. aku no 3.
ada 2 orang abang, dan 2 orang adik.
anak perempuan sulung. heee

7. Telefon pertama korang apa?
- telefon paling kuat. jatuh berpuluh kali pun still ok, tak pernah cedera.
nokia 3310.

8. Apa cerita hollywood yang korang minat gila?
- harry potter. actually, aku layan je semua cerita hollywood as long as bukan cerita ganas2. 

9. Korang akan menangis apabila....
- bila... hurm.. tak tentu bila. hati banyak sensitif. sensitif sikit terus basah mata. itu belum layan kabhi kushi kabhi gham. 

10. Kenapa korang suka menulis blog?
- sebab aku suka menulis. zaman hingusan dulu aku jadikan blog sebagai diari aku. semua benda aku tulis dalam blog. kiranya sebagai pengubat duka. dah banyak post2 dulu aku delete. sekarang aku lebih suka berkongsi sesuatu dalam blog. kalau boleh biar orang dapat sesuatu dari blog aku. bukan hanya sekadar posting kosong

11. Perkara paling memalukan pernah terjadi dekat korang apa?
- haha. banyak kot rasanya. aku cerita kejadian zaman duk ipta dulu ehh. time tu kitorang ada program kat kampus. coursemate  aku bawak baby dia sekali semasa program tu. aku dan kawan2 tak pernah jumpa lagi baby dia.
 so, excited la nak tengok baby kan. 

coursemate aku duk kat pondok dan aku bersama 2 orang sahabat lagi menuju ke pondok tu. time kitaorang berjalan turun tangga aku menjerit panggil baby azam. tiba2, entah macam mana aku tergelincir. elok pulak aku jatuh terduduk dalam keadaan bersimpuh. sekali tengok tak macam orang jatuh tangga pun. nak cover punya pasal, sahabat aku 2 orang tu turut bersimpuh kat tepi aku.

aku agak blur dengan tindakan diaorang. then cakap, "kot ye pun nak perli aku, korang takyah la duk bersimpuh sama. baik tolong aku berdiri balik.
 kaki aku sakit weihh".

kawan aku reply, "takde maknanya nak perli ko. kitaorang tengah cover ko ni haa. kat pondok tu ada senior yang aku minat." 

owhh, bru aku tahu kat pondok tu ada 3 orang senior lelaki sedang berborak tapi aku tak perasan pun kewujudan diaorang. diaorang macam pelik je tengok budak2 perempuan tiba tiba je duk bersimpuh kat tangga tu. lama jugak kitaorang duk bersimpuh, senior dah gerak ke tempat lain baru kitaorang bangun. aku nampak coursemate aku duk tahan gelak dari tadi.


p/s: tengkiu lagi sekali azisadliyatul. kali ni aku juz jawab soalan je.    =D

22 September 2014

Liebster Award!

Assalamualaikum wbt.

sebelum ni asyik duk tengok je blogger lain join liebster award.
sekarang ni amek kau.
tak pasal-pasal terjebak sama. hehehe
thanks kak ma sayang for tagging.
and sory for being late.
my bad sebab lupa nak autopublish.



syarat-syarat adalah seperti berikut. normal la kan kalau ada syarat.hihi

* Mention the person who nominated you with a link to their blog 
* Answer 11 question asked
* Nominate 11 other blogger with a small following but with a lot of potential 
* Create 11 of your own question for them to answer
* notify them


jawapan untuk soalan dari kak ma.

1. siapakah orang yang paling rapat dengan anda?
- family. tanpa mereka aku lemah.

2. sekiranya tiba2 anda mendapat duit RM1 juta, apakah yang anda akan buat dengan duit tersebut?
- bawa family tunaikan umrah mahupun haji. :)
saving untuk kahwin. ehhh! =P

3. apakah sesuatu @ tempat yang memberi anda ketenangan?
- the only one Al-Quran and tanah suci. :)

4. jika ternampak orang datang meminta derma, apakah anda akan marah?
- tiada sebab untuk marah. bantu setakat yang mampu. sebab aku tahu mereka yang meminta itu bukanlah dari kalangan orang senang. maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

5. apakah yang boleh membuat anda tersentuh @ menangis?
- bila melihat orang2 susah, orang2 tua. dan apa2 yang berkaitan dengan family.

6. jika ditawarkan satu tempat percutian percuma, manakah tempat yang ingin anda lawati.
- tanah suci. tak pernah berhajat nak ke mana2 selain tanah suci.

7. biasanya hari minggu apakah aktiviti anda?
- spend time dengan family @ keluar dengan bestie. 

8. apakah anda sudah berkahwin/berkeluarga?
- uishh. soalan cepucemas kak ma kasi. single lagi kak ma. ada calon tak? =P

9. anda berasal dari negeri mana?
- ambo oghe kelate! sek kito jange pecoh.

10. adakah anda masih mempunyai ibubapa?
- alhamdulillah. masih memiliki keduanya.

11. buku yang anda suka baca?
- semua benda aku baca except novel cinta cintun. dari kecik tak suka.


kak ma, please read this! 
nanti saya tag kak ma balik ok. stay tuned =D


okay. next, aku mencari mangsa baru.



soalan-soalannya adalah seperti berikut:-

1. nama penuh anda dan umur. nama timangan anda? 

2. apa negeri kelahiran anda dan sekarang tinggal kat mana?

3. bila anda last peluk dan cium ayah?

4. suka pakai baju kurung tak? *kalau tak, explain sikit.hihihi

5. jika diberi peluang melancong antara Banda Acheh (Indonesia), Korea, dan negara Eropah, negara mana pilihan anda? kenapa pilih negara tersebut? 

6. binatang apa yang anda fobia/takut? kenapa?

7. apa yang anda buat bila ada ular masuk ke dalam rumah?

8. anda makan organ dalaman ayam tak? 

9. favourite games yang anda selalu main ketika kecil?

10. bahasa apa yang anda nak sangat belajar and wish to apply dalam kehidupan anda?

11. pernah tak kena tikam dari belakang oleh kawan? ce bagi ucapan untuk diaorang. 


simple je kan soalan aku? =D
taknak susahkan "mangsa mangsa" kesayangan. tak payah karang karangan, jawab sesimple mungkin. tapi kalau rajin taip la jawapan panjang sikit. aku lagi suka baca kalau jawapan korang panjang. 




p/s: most yang aku tag adalah orang yang sama tag aku untuk liebster award dan juga versatile blogger. soalan-soalan korang aku dah jawab tinggal nak publish je. tengkiu 7 orang blogger yang tag aku.





21 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com

dah lama jugak rasanya tak join segmen dari kak mia.

#jom support giveaway kak mia
#juz klik banner
#until 30 September 2014


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana
Aynora
SewaKeretaSabah
ProvideNetwork
TengkuButang
IeyzartdSyahieyr
FuzaMusa
YatiAdam
ZafirahZarrae
Cekelatmanih
DayangDeno
EngkuMuzahadin
PetakBunga
AinimRashihah
KaryaMahirah
Azhafizah
Zaidalifah
FatihahFazlin
FatinFarhanah
NiaEmkay
SyiraLokman



2. Wajib Like Fanpage Sponsor

























3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.



Good luck!



klik pada banner untuk join....

14 September 2014

pendinding diri

Assalamualaikum wbt.

sewaktu aku taip entry segmen cikpop ni last month, aku ada sebut word budu. budu tu apa? budu tu sos ikan bilis. hihihi. bila sebut pasal budu, terus teringat pada mrs budu. dah lama jugak rasanya aku tak terjah blog puan budu kita ni.

cepat-cepat siapkan entry dan malam tu jugak aku terjah ke blog puan budu. baca kisah-kisah puan budu yang diganggu. pastu gigih lagi godek godek post sebelum ni tentang kisah yang sama. hari tu dah pernah baca, kali ni baca lagi. meremang jugak bulu roma bila baca kisah puan budu. baca pulak tengah2 malam, memang sengaja cari pasal nampaknya.

time belajar dulu aku ada jugak terkena "benda" macam ni. tapi tak la teruk sangat. dapat benda tu pun selepas join satu program. sepanjang di uni aku memang aktif, macam-macam program aku join. jarang duk umah sewa, masa aku banyak habis dengan program dekat kampus mahupun luar kampus. nanti aku share cerita tu ehh.

setelah  hampir 2 minggu sakit, aku decide balik kampung. itupun selepas kena paksa dengan kawan kawan. 2 minggu tak datang kelas. mc berkeping-keping, kelas dah banyak tinggal, sayang giler haaa. banyak dah ketinggalan pelajaran sepanjang 2 minggu tu.

abah aku mintak junior tempat kerja dia tengok tengok kan aku. muda lagi orangnya, dan dia sangat rapat dengan abah. junior abah aku diberi kelebihan oleh Allah untuk mengubati orang. since dia kecil lagi dia dah mengubati orang. aku susah sikit nak percaya benda2 macam ni. tapi disebabkan dia pun takde guna ayat ayat pelik ataupun mintak benda benda mengarut, aku turutkan je. family aku pun ok.

sepanjang berubat tu, dia bacakan ayat ayat quran. then dia mintak aku amalkan baca ayat kursi untuk 3 malam berturut turut dan baca je bila ada masa terluang. malam pertama 100 kali, malam kedua 170 kali, malam ketiga 313. jangan tanya aku apa rasionalnya bilangan bilangan tersebut. aku pun tak pasti kenapa bilangannya 100,170, dan 313. aku amalkan baca selepas maghrib ataupun selepas isya'. seperti yang kita tahu ayat kursi sememangnya antara ayat yang elok diamalkan sebagai pendinding diri. ke mana kita pergi, baca lah setiap masa. kita kena ingat, dalam dunia ni, bukan manusia je yang ada, makhluk makhluk lain pun ada. tak salah kalau kita amalkan ayat kursi. Alhamdulillah, sampai ke hari ni aku sihat tanpa sebarang gangguan.

kenal tak ustaz Sharhan Shafie? selalu je keluar tv. bagi yang perasan, ustaz Sharhan Shafie sinonim dengan topik perubatan islam. hari tu aku pernah tengok kuliah ustaz. dan ustaz ajarkan satu ayat yang sesuai diamalkan untuk selamatkan diri dari gangguan manusia, jin dan iblis. ayat tu ada dalam Surah Hud. penghujung ayat 57 surah Hud. cuba amalkan setiap kali selepas solat fardhu.


sebenarnya banyak ayat ayat yang sesuai dijadikan sebagai pendinding diri. apa yang aku share ni adalah apa yang aku amalkan. kita amalkan ayat ayat tersebut sebagaikan pendinding diri, dan selebihnya kita serahkan pada Allah.




11 September 2014

Klinik Guaman Syarie


Assalamualaikum wrt....


Sukacita dimaklumkan bahawa PGSM akan menganjurkan Program Klinik Guaman Syarie (KGS) dengan kerjasama Jabatan Syariah Undang2 APIUM (JSU). KGS merupakan Klinik Guaman Syarie yang menyediakan perkhidmatan rundingcara & nasihat guaman SECARA PERCUMA KEPADA ORANG AWAM (muslim) oleh ahli PGSM yang beramal sebagai Peguam Syarie di seluruh Malaysia.


KGS akan bermula tarikh pada 12HB SEPT 2014 & 26HB SEPT 2014
Hari : Jumaat
Tempat: Mahkamah Moot Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya KL (APIUM)
Masa: 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.


KGS ini akan berpanjangan setiap hari Jumaat, minggu ke-2 & ke-4 setiap bulan pada waktu, masa dan tempat yang sama. Anda semua dijemput & dialu-alukan bersama-sama menjayakan program amal ini. PENYERTAAN TERBUKA KEPADA SEMUA ORANG AWAM.

Sebarang pertanyaan & kemusykilan boleh berhubung dengan Syada Osman (019-2823002), Faridah Ahmad (019-2630283), Junid Ramali (019-9080393) atau Sekretariat Pgsm.


p/s: jangan lepaskan peluang hadir ke Klinik Guaman Syarie! tiada bayaran dikenakan. bagi yang mempunyai kemusykilan mahupun masalah yang berkaitan, inilah masa untuk anda mendapatkan nasihat dari mereka2 yang arif. 

03 September 2014

Ensiklopedia Solat dari Harith - tq!

godek2 draft. ehh, terjumpa entry ni.
ingatkan dah post rupanya masih dalam draft.

aku ada join segmen dari blogger harith hari tu.
tak sangka pulak ada rezeki untuk hadiah saguhati.
kalau tak silap ada 4 orang kot yang terima hadiah saguhati.
hadiah saguhati pun dah meriah nau haa,
hadiah utama memang superb la harith kasi.

ni haa hadiahnya.
*pinjam gambar sat naa hencik google.
I is malas nak snap.heee

dari awal lagi harith dah bagitau hadiah saguhati tu adalah ensiklopedia solat. wahh. benda yang memang aku nak sangat2.
dah lama cari haa. kalau g bookstore asyik sold out je.

bila aku join sesuatu segmen @ giveaway, 
aku takde la menaruh harapan nak menang,
ramai kot join kan.
so tak payah letak harapan tinggi menggunung untuk menang, 
nanti frust tak berlagu. hihihi
aku join sekadar untuk memeriahkan segmen tu sambil2 kenal blogger2 lain.
alhamdulillah, ada rezeki kali ni.
abah aku khusyuk haa baca, aku pun tak sempat belek lagi.

terima kasih harith!
siap whatsapp lagi tanya dah dapat ke belum.
bagus betul harith ni.

btw, harith ada buat segmen baru.
cepat2 la join kalau nak hadiah dari harith.
harith nak kasi Wangian Gaharu Tahajjud (Yussof & Zulaikha).
menarik pula hadiahnya.
kalau sempat nanti sy join ye harith.
terima kasih lagi sekali!
semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

p/s: meriah pulak tengok abang2 kakak2 kbba join cabaran 30 hari.
aku takleh join sebab tak istiqamah dalam update blog.
#kelabbloggerbenashaari
#entrykelabbloggerbenashaari

02 September 2014

Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com


Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini :  Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda. 

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :















Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 5 pemenang

Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign